Thursday, September 13, 2012

Awwalul kalam september 2012

Bismilahhirrahmanirrahim pembuka bicara, Assallamualiakum selamat sejahtera, salam satu Malaysia kepada abang adik kakak tuan puan nenek makcik pakcik yang saya hormati dan sayangi selalu, setelah setahun tangan ini berhenti untuk menulis blog berat tangan menaip berat lagi nak buat report ahahaha, gurau...

Setelah setahun lebih bekerja sebagai penjawat awam, pelbagai cabaran yang diharungi tawa sedih murung semua cukup, semuanya adalah ujian yang tuhan bagi dan menguji sejauh mana kita mampu berhadapan, dan bagaimana untuk menyelesaikan mengawal atau menginterpretasi setiap masalah yang di beri, setiap ujian juga diberi ganjaran pengalaman dan kematangan sebagai azimat di masa hadapan.

Pernah kita diajar untuk mengenali sejarah, kerana dengan mengenali sejarah kita tidak akan mengulang kesilapan lalu, tapi adakah kita benar-benar mendalami dan memahami sejarah? Sejarah bukan sahaja mengenai ilmu sejarah yang kita belajar masa di bangku sekolah dahulu, sejarah adalah masa lalu iaitu "our past". Sepanjang hidup akan ada kesilapan yang akan kita lakukan samaada dalam keadaan sedar atau tidak sedar, setiap titik perjalanan hidup kita akan sentiasa akan cabaran maka timbulnya resolusi hasil dari pemikiran yang dianugerahkan oleh yang maha agung.

Maka dengan itu hasilnya penawar bagi masalah dan dengan penawar itu kita boleh guna pada masa hadapan, juga sebagai bekalan bagi anak cucu,

Friday, August 6, 2010

Sanitary survey di Taiping Headworks.....



Pada 3/8/2010, Selasa Unit Kawalan mutu Air Minum telah mengadakan sanitary survey di loji air Taiping Headworks,Taiping Perak. Tujuan sanitary survey ini di buat adalah untuk memastikan sumber air yang disalurkan kepada masyarakat adalah dalam keadaan baik, bersih dan selamat daripada mikrob dan bahan kimia  yang boleh mendatangkan kemudaratan. Survey ini dijalankan, 2 kali dalam setahun, dan pasukan yang terlibat terdiri daripada semua unit di PKD, LMS. Persampelan yang akan dibuat adalah terdiri daripada persampelan mikrob, kimia pendek, kimia panjang dan pestisid.

Antara stesen-stesen semasa persampelan ialah, dari intake-intake, air mentah di loji, seterusnya air selepas enapan,dome reservoir,square tank, kolam 1 juta gallon, dan analyser di loji.

Tuesday, July 27, 2010

Great Memories in Kluang..


Hari demi hari, bulan demi bulan, sudah jauh aku meninggalkan kluang, terasa baru semalam meninggalkan kluang, banyak peristiwa-peristiwa pahit, manis, masam ,masin dan pedas yang telah dilalui bersama. Ngilai tawa, anjing lilian di rumah sebelah masih kedengaran di sisipan telinga. Tidak lupa juga, program mengisi perut pada setiap jumaat yang 
diimpikan setiap hari, pasar malam, icecream seringgit giant di belakang rumah, taman jogging, asap fogging menjadi tanda keberadaan aku disana. tidak lupa juga kepada aishah yang menghantui diri kami semua,crew pkd kluang dan abg2 pka yang tidak jemu-jemu mengajak kami keluar minum, main bola, main futsal, dan masakan kak jan yang percuma tiada penghujung, bak kata peratah bagai aur yang berlinangan air mata yang merindukan tebing. tiada kata pemanis bicara, hanya gambar mengimbau acara...

Saturday, April 24, 2010

PETUA UNTUK MENGATASI STRESS

 Assalammualaikum....

Terjun bangunan dari tingkat 3, makan racun tikus, atau menelan 3 ekor arnab adalah bukan jalan utama untuk mengatasi stress, walau apepun masalah yang dihadapinya pasti ada jalan penyelesaian bak kata pepatah "where is a problem, there is a way" di mana ada masalah di situ ada jalan, yang pasti itu bukan jalan mati ya.. setiap individu masing-masing ada kelebihan dan ada cara tersendiri untuk  mengatasi stress, namun begitu ada segelintir manusia atau lebih dikenali sebagai human being, tidak tahu bagaimana untuk mengatasi stess maka terjadilah kes-kes  seperti yang saudara dan saudari sedia maklum.Hangat diperkatakan di media-media massa, kanak-kanak umur 5 tahun terjun dari kerusi, tikus jatuh dari tingkat lima, harimau mati digilis keretapi dan bermacam-macam lagi kita dengar.

Disini saya ingin  memberi sedikit petua bagaimana untuk mengatasi stress supaya anda semua dapat hidup dalam keseronokkan dan mempunyai mantal yang sihat. Bagi yang beragama islam, sudah tentu mengerjakan ibadat dan berdoa kepada Allah S.WT  supaya dipermudahkan urusan samada urusan besar atau urusan kecil, minta diberi ketenangan fikiran, dan sihat dari segi jasad dan rohani, adalah cara yang paling baik sekali untuk mengatasi stress. Dan bagi yang beragama lain, mempunyai cara yang tersendiri untuk mengatasi stress.

Disamping itu juga, kita boleh memasukkan aktiviti- aktiviti lain untuk mengurangkan stress,seperti bersukan,bersenam(amalan gaya hidup sihat) dan melancong pendek kata, lain orang lain caranya, ada yang berkaraoke, membeli belah dan bermacam-macam lagi, ada yang menjadikan 'makan'(amalan gaya hidup tidak sihat) merupakan salah satu cara untuk mengurangkan stress. Kesimpulannya, adapun berjuta cara untuk menangani stress janganlah sampai memudaratkan diri kita sendiri, kerana dirimu begitu berharga....

Ceria selalu.....

Tuesday, April 20, 2010

sehari bersama swm

Seawal jam 0630 pekerja-pekerja swm mulai datang ke pejabat untuk menjalankan rutin harian sebagai pengutip sampah, kebanyakkan nya pekerja yang berumur 2o-an dan ada juga warga tua dan yang tamat perkhidmatan. Tujuan utama, tidak lain tidak bukan untuk menambah pendapatan keluarga. Ada yang datang dari jauh untuk bekerja dan mencari nafkah hidup. Pendapatan bulanan hanya rm 600, bagi yang sudah berkeluarga sudah tentu pendapatan ini tidak mencukupi.
Sebelum memulakan tugas, En yazid selaku penyelia akan memberikan teguran atau komen tentang tugas yang telah dilakukan sebelumnya, di samping memberi buku kawasan tugas perjalanan masing- masing.Sebelum bergerak, petugas akan memastikan kelengkapan mencukupi seperti bakul sampah dan peralatan memungut sampah mencukupi. Disamping itu juga, memastikan lori pemungut sampah iaitu compactor dalam keadaan baik. Dengan keadaan lori sampah dalam keadaan tidak elok, melambatkan kutipan dijalankan. Setiap lori sampah mempunyai 4 petugas dan seorang pemandu.
Dengan cuaca yang panas terik mentari, pada sebelah pagi, memudahkan kutipan dijalankan dengan baik, keringat mula membasahi badan menunjukkan bertapa kuat semangat untuk meneruskan hidup, tambahan pula di sebelah petang hujan ribut terpaksa di redah bagi menyempurnakan tugas mereka.
Kerja yang diberi harus disiapkan pada hari itu juga, supaya tiada aduan tentang sampah sarap yang tidak dikutip. Namun begitu, tiada siapa yang mengetahui akan masalah yang dihadapi oleh mereka. Apa yang masyarakat tahu ialah, apabila sampah tidak dikutip, mereka akan mengadu pada pihak yang terbabit. Petugas swm megalami banyak masalah semasa kutipan dijalankan, antaranya sampah yang dibuat tidak diikat dengan betul, menyebabkan kacaugangggu anjing dan menyebabkan sampah tersebut berselerakkan dan menjadi tugas swm untuk mengumpulkannya semula. Sementelahan itu, segala kerosakkan yang terdapat pada lori pemungut sampah adalah tanggungjawab mereka. Jadi kerjasama orang awam amatlah penting, supaya masing-masing dapat apa yang diperolehi..

Saturday, April 3, 2010

Tumpat tour 2008

Gambar ini diambil semasa berada di tumpat kelantan, di Pengkalan Kubor, bukan di pengkalan chepa ya..pengalaman yang bru la d negeri org..akan tetapi seorang drpd mmbr kte org, jatuh d medan perjalanan ke sini, akibat daripada kekejangan terlampau, dan terpaksa di tahan di klinik kuala lipis pahang. tp mmg bez la, mula berangkt sblh malam, bebudak suma tido, time nie la ambik gambr diorg sume tido wakakaka, klu ade yg terasa 2, whahaha sorry ya.. ar nie nk knlkn ckit la bebudak dlm gambr ni, dari kiri, mcm cine2 tu steffan nme die, klu nk fon leh aje, pastu kt bwh tu zierah aka princess white, salwa,aku, saliva,nona, farhana the tallest girl in dkp 12 cayalah, dan bodyguard 2 orang kt blakang tu, azli dan yusri guitarist ACAB pada zaman kesultanan melayu melaka dulu kala.thanks 2 them kerana menjaga keselamatan kita org sepanjang perjalanan ini.

Thursday, April 1, 2010

Great Day

Ish,ish,ish, balik keje je, ade saje benda yang diidam mcm org pragnent lak. macam satu hari tu, balik keje je rasa nk makan kfc jadi bawa la mmbr g kfc, tp sorang pn x nk g, thanks to my friends hisyam, he always fulfil my dream, lepas g kfc, kte g melalak kat karaoke box, fuh bwak lgu jiwang2 layan giler. Pastu balik umah,ada sorg mmbr nie ubi itik nama diberi bwk g mcD, lepas gian mkn mcD, nasib baik kat Mc D x de jual itik campur ubi, pergh..., pesan satu double cheese burger settle, kesedapan ada di situ..kalaula sebulan mcm nie, kompom, jantung, darah tinggi, kencing manis, kte balun semua....hahahahaahhaha
 







McD punya pasal pakai seliparpun sebelah lain......x sabar la kononnya (ubi itik)