Thursday, September 13, 2012

Awwalul kalam september 2012

Bismilahhirrahmanirrahim pembuka bicara, Assallamualiakum selamat sejahtera, salam satu Malaysia kepada abang adik kakak tuan puan nenek makcik pakcik yang saya hormati dan sayangi selalu, setelah setahun tangan ini berhenti untuk menulis blog berat tangan menaip berat lagi nak buat report ahahaha, gurau...

Setelah setahun lebih bekerja sebagai penjawat awam, pelbagai cabaran yang diharungi tawa sedih murung semua cukup, semuanya adalah ujian yang tuhan bagi dan menguji sejauh mana kita mampu berhadapan, dan bagaimana untuk menyelesaikan mengawal atau menginterpretasi setiap masalah yang di beri, setiap ujian juga diberi ganjaran pengalaman dan kematangan sebagai azimat di masa hadapan.

Pernah kita diajar untuk mengenali sejarah, kerana dengan mengenali sejarah kita tidak akan mengulang kesilapan lalu, tapi adakah kita benar-benar mendalami dan memahami sejarah? Sejarah bukan sahaja mengenai ilmu sejarah yang kita belajar masa di bangku sekolah dahulu, sejarah adalah masa lalu iaitu "our past". Sepanjang hidup akan ada kesilapan yang akan kita lakukan samaada dalam keadaan sedar atau tidak sedar, setiap titik perjalanan hidup kita akan sentiasa akan cabaran maka timbulnya resolusi hasil dari pemikiran yang dianugerahkan oleh yang maha agung.

Maka dengan itu hasilnya penawar bagi masalah dan dengan penawar itu kita boleh guna pada masa hadapan, juga sebagai bekalan bagi anak cucu,

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.